Merupakan seorang graduan lepasan Swansea Institute of Higher Education, UK, pengkhususan dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan (1994).
Menerima pendidikan awal (SPMV) di Sekolah Menengah Vokasional Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur dalam bidang Pengurusan Perniagaan (PPN) dari tahun 1990-1991.
Memulakan kerjanya di dalam bidang saham bersama Mayban Securities Sdn. Bhd. (1994-1996) dan kemudian bersama RHB Unit Trust Management Sdn. Bhd (1996-1998).
Beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan semenjang 1998 dengan menubuhkan syarikat beliau yang pertama iaitu Cetak Impian Enterprise. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja percetakan dan juga pembekalan alatan pejabat. Sijil Kursus enabled & disable (order online) iaitu Sebutharga & tender ePerolehan dan Penciptaan Katalog & Pembelian Terus ePerolehan yang diperolehi di e-perolehan adalah menggunakan syarikat ini.
Pada awal 2000 mula bergiat aktif dalam bidang pembinaan ini dengan menjadi sub kontraktor kecil-kecilan dan pada tahun 2001 barulah beliau menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu Selama Dinamik Enterprise yang mengkhususkan dalam bidang pembinaan, lanskap dan pembekalan peralatan binaan, elektrik, keselematan, jalanraya, pejabat, sekolah, makmal, hospital dan seumpamanya.