PENGENALAN SYARIKAT

Thursday, July 15, 2010

SELAMA DINAMIK ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 8hb Nov 2001 dan merupakan sebuah perniagaan berbentuk milikan tunggal.

Syarikat ini adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat BUMIPUTERA.

Syarikat juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Syarikat Selama Dinamik Enterprise adalah milik penuh Mufadzir Huzaireen Bin Mohamed Pouzi dan diuruskan bersama oleh sekumpulan pengurusan yang berpengalaman.

Mula bertapak dalam industri pembinaan secara Sub Kontraktor kecil-kecilan dan kini telah berkembang pesat sejajar dengan peredaran masa dan pengalaman kerja.
Sebagai sebuah syarikat yang dinamik dan versatile, Selama Dinamik Enterprise bukan sahaja bergiat aktif dalam bidang binaan bangunan dan penyelenggaraan malah telah mengembangkan lagi bidang kerja kepada kerja-kerja infrastruktur, landscape, pembekalan bahan-bahan binaan dan juga kerja-kerja elektrik. Syarikat ini telah berkembang maju hasil dari amalan budaya kerja yag sihat dan profesional serta kakitangan yang berpengalaman, cekap dan produktif.

Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti di samping prinsip kami yang amat menghargai nilai amanah dan tanggungjawab yang diberikan dalam menjayakan setiap projek yang dilaksanakan bagi memastikan syarikat ini akan terus berkembang maju.

Falsafah kami, Setiap Amanah yang Terlaksana Akan Dianugerah Rahmat dan Rezeki yang Berkat.

ALAMAT SYARIKAT

My photo
SELAMA DINAMIK ENTERPRISE 106, 2nd FLoor, Puteri Park Plaza, Jalan 28, Taman Putra, 68000 KUALA LUMPUR